Dengan bangganya saya mengucapkan jutaan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Sulochana Nair, Pengarah Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya di atas kesungguhan beliau dan seluruh organisasi dalam melaksanakan kajian terhadap isu kemiskinan dan pembangunan di Malaysia. Kami mahasiswa menyambut baik kewujudan organisasi ini.
Kemiskinan sememangnya menjadi isu penting terutama kepada negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Jurang kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi. Daripada statistik keseluruhan, jurang kemiskinan bagi Bumiputra ialah 2.1 peratus berbanding Cina (0.1) dan India (0.6). Suatu angka yang mencabar bagi kepimpinan negara untuk diselesaikan.
Kita lihat pula perbandingan dengan negara luar. Ketika ini pendapatan per kapita rakyat Malaysia ialah AS$6,146 setahun. Pada detik yang sama, pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah AS$34,152 (Sumber IMF 2007), lima kali ganda dari pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Padahal, jika kita lihat kembali pada akhir tahun 1970-an pendapatan rakyat kedua-dua negara adalah lebih kurang sama. Read More…